TERMA DAN SYARAT

ZANUARA HOSTING menawarkan perkhidmatan penyewaan ruang web. ZANUARA HOSTING berhak untuk mengantung atau menamatkan capaian pelanggan ke komputer pelayan atau kepada semua perkhidmatan ZANUARA HOSTING jika didapati akaun pelanggan tersebut telah didapati disalahgunakan untuk apa-apa tujuan mengikut pertimbangan ZANUARA HOSTING

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAYAN

Pakej yang ditawarkan oleh ZANUARA HOSTING adalah untuk kegunaan pemilik awal sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjual semula, menyimpan atau memberikan perkhidmatan penyewaan ruang web mereka kepada pihak lain, kecuali mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak ZANUARA HOSTING. ZANUARA HOSTINGberhak untuk menarik balik perkhidmatan dan/atau capaian ke komputer pelayan mereka kepada sesiapa yang dianggap tidak perlu. Semua perkhidmatan yang disediakan oleh ZANUARA HOSTING hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak melanggar undang-undang. Semua transmisi, penyimpanan atau persembahan sesuatu maklumat, data atau material yang melanggar undang-undang tempatan dilarang sama sekali. ZANUARA HOSTING juga melarang sesuatu website yang mempamerkan sebarang aktiviti haram atau bahan semasa yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer pelayan ZANUARA HOSTING. Pautan kepada bahan-bahan tersebut juga dilarang sama sekali. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, bahan lucah, pautan kepada website yang mempunyai bahan lucah, spam, pencerobohan atau pengodaman akan menyebabkan website anda ditutup dan semua bahan anda akan dibuang tanpa amaran. Bahan lucah tidak dibenarkan sama sekali. Bahan-bahan media yang mempunyai hakcipta seperti MP3, klip video dan sebagainya juga turut dilarang di letakkan di komputer pelayan kami.KAMI TIDAK MEMBENARKAN sebarang IRC atau bot IRC beroperasi di komputer pelayan kami. ZANUARA HOSTING mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum pihak-pihak yang melanggar peraturan ini. Sila pastikan anda tidak memasukkan ("install") program-program yang berikut kedalam akaun anda :

  • IRC Egg Drops
  • The Anonymizer
  • UltimateBBS
  • Ikonboard
  • nph-proxy
  • Proxy Servers
  • Soap Mailers
  • formmail.pl
  • Sebarang chat skrip
  • Sebarang skrip autoresponder

POLISI KEGUNAAN SUMBER YANG TINGGI

Sumber adalah bermaksud penggunaan cpu dan/atau manipulasi sumber. ZANUARA HOSTING mungkin menggunakan polisi yang berikut mengikut pertimbangan yang mutlak.Jika sesuatu website didapati memonopoli sesuatu sumber yang ada, ZANUARA HOSTING berhak untuk mengantung atau menamatkan akaun tersebut secara tiba-tiba. Polisi ini akan berkuatkuasa bagi mencegah penyalahgunaan komputer pelayan kami atau pada situasi yang melampau. Pelanggan boleh menaiktaraf pakej hosting mereka dengan bayaran tambahan.

Semua akaun yang diwujudkan adalah berdasarkan prabayar. ZANUARA HOSTING berhak mengubah harga bagi akaun atau perkhidmatannya pada bila-bila masa. Pembayaran pra akan tamat pada setiap tahun yang berikutnya dari tarikh akaun tersebut diwujudkan. ZANUARA HOSTING berhak mengantung perkhidmatannya sehingga jumlah bayaran tertunggak dijelaskan oleh pelanggan. Semua inbois akan dihantar terus kepada pelanggan menerusi email selepas pembelian diatas talian dilakukan.

PEMBATALAN DAN PEMULANGAN WANG

ZANUARA HOSTING berhak untuk menamatkan akaun pelanggan pada bila-bila masa jika pelanggan didapati melanggar terma dan syarat perkhidmatan yang disediakan oleh ZANUARA HOSTING. Akaun pelanggan akan ditamatkan secara mendadak dan wang tidak akan dikembalikan. Pelanggan boleh membatalkan akaun mereka pada bila-bila masa. Kami menyediakan jaminan wang dalam masa 30 hari bagi semua pakej hosting kami. Jika pelanggan membatalkan pembelian mereka dalam masa 30 hari yang pertama, pelanggan akan menerima semula wang mereka. Kami tidak akan mengembalikan wang pelanggan jika tempoh 30 hari yang pertama telah tamat, kami juga tidak menyediakan pengembalian wang secara purata. Jaminan pemulangan wang hanya terpakai pada perkhidmatan penyewaan ruang web (webhosting) sahaja, ini tidak termasuk perkhidmatan pembelian nama domain dan lain-lain perkhidmatan.

CUSTOMER SUPPORT

ZANUARA HOSTING menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan-pelanggan kami terhadap sebarang masalah teknikal berkaitan nama domain atau webhosting. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Untuk setiap permintaan layanan berlangganan yang bukan dari pelanggan ZANUARA HOSTING,kami berhak mengenakan bayaran sebanyak USD80 untuk setiap laman web yang ingin menggunakan perkhidmatan customer Support ZANUARA HOSTING.

ZANUARA HOSTING berhak untuk menolak memberikan layanan yang diminta oleh pelanggan dengan atau tanpa alasan. Untuk setiap layanan yang diberikan, dikenakan bayaran atau tidak dikenakan bayaran, ZANUARA HOSTING tidak akan bertanggung jawab terhadap semua hal-hal lain yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung.

PERUBAHAN HARGA

Jumlah yang anda bayar untuk penyewaaan ruang web tidak akan berubah dari tarikh pembelian. Kami berhak mengubah harga yang dinyatakan di ZANUARA HOSTING, dan berhak mengubah jumlah sumber bagi setiap plan pada bila-bila masa.

GANTIRUGI

Pelanggan bersetuju untuk menanggung risiko mereka sendiri apabila menggunakan semua perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh ZANUARA HOSTING. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi, menyelamatkan serta mempertahankan ZANUARA HOSTING daripada menerima akibat dari apa jua permintaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan kos, termasuk yuran peguam yang mendakwa agen kami, pelanggan kami, pegawai serta kakitangan kami, yang disebakan oleh sebarang perkhidmatan kami atau penyampaian atau perjanjian untuk menyampaikan atau sebarang produk/perkhidmatan yang dijual oleh pelanggan, ejen, kakitangan stau sesiapa yang dilantik. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi dan menyelamatkan ZANUARA HOSTING, daripada liabiliti yang wujud seperti; (1) sebarang kecederaan kepada seseorang atau harta benda yang disebabkan oleh sebarang produk yang dijual atau diedarkan melalui komputer pelayan ZANUARA HOSTING; (2) sebarang pembekalan material yang melanggar hak cipta pihak ketiga dari pelanggan. (3) perlanggaran hakcipta (4) sebarang produk/perkhidmatan cacat yang dijual oleh pelanggan melalui komputer pelayan ZANUARA HOSTING.

POLISI SPAM

ZANUARA HOSTING komited terhadap polisi anti-spam. Dibawah polisi ini, kami melarang spam, atau sebarang email komersial yang tidak diundang, dihantar melalui rangkaian ZANUARA HOSTING oleh pelanggan atau sesiapa yang menjadi pengguna kepada ZANUARA HOSTING termasuk pelanggan kepada pelanggan kami. Kami berhak menamatkan perkhidmatan pelanggan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Penghantaran email komersial yang tidak diundang, penghantaran mesej yang terlalu banyak kepada kumpulan usenet, mesej lucah, mesej mengugut yang dihantar melalui alamat email atau web ZANUARA HOSTING adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen mengenai spam melalui rangkaian kami, sila sila emailkan kepada support@zanuara.com.

PENAFIAN

ZANUARA HOSTING tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kerosakan yang menyebabkan kehilangan perniagaan anda sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat Kami, sila hantarkan email kepada support@zanuara.com

PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT

ZANUARA HOSTING berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang notis.

Kami menyediakan pakej-pakej hosting yang Versi Mampu Milik serendah RM40.00. Sesuai untuk semua, dari individu, perniagaan hinggalah ke pakej untuk e-dagang dan korporat. Langkah pertama, daftarlah nama domain anda dengan kami sekarang dengan harga RM38.00 sahaja - termasuk Perlindungan Domain Percuma.