TENTANG KAMI

Zanuara Hosting telah ditubuhkan pada bulan Mei 2009 bagi menyediakan perkhidmatan penyewaan ruang web serta pendaftaran nama domain. Zanuara Hosting bernaung di bawah syarikat berdaftar ZANUARA ENTERPRISE [CA0138392-P]. Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan “versi mampu milik” bagi semua pengguna-pengguna internet di Malaysia dan di seluruh dunia.

Di Zanuara Hosting kami amat menitikberatkan keselesaan serta kemudahan pelanggan, semua proses yang melibatkan pelanggan seperti proses penempahan,proses pembelian dan proses pembayaran amat mudah untuk dilakukan. Kami menyediakan berbagai pilihan dan kaedah untuk pelanggan menjelaskan bayaran, sama ada melalui kad kredit, PayPal , Maybank2u, Cimbclicks, PB ebank, AmOnline, cek, wang pos ataupun bank-in secara konvensional.

Kami juga menyediakan Online Support  bagi memudahkan pelanggan yang menghadapi masalah teknikal berkaitan domain dan ruang web. Kami disini akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan sebarang masalah teknikal dan bertekad untuk memberikan sokongan teknikal yang profesional dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kami, Kami disini sentiasa fokus terhadap keperluan anda yang dinamik kerana kami memahami, kejayaan anda adalah kejayaan kami.

Kami mensasarkan perkhidmatan profesional kami kepada individu serta industri kecil di Malaysia bagi membantu mereka memperkembangkan perniagaan mereka di internet dengan kos yang paling minimum dan menjimatkan! Bertepatan dengan matlamat kami iaitu menyediakan perkhidmatan “versi mampu milik”.

Kami menyediakan pakej-pakej hosting yang Versi Mampu Milik serendah RM40.00. Sesuai untuk semua, dari individu, perniagaan hinggalah ke pakej untuk e-dagang dan korporat. Langkah pertama, daftarlah nama domain anda dengan kami sekarang dengan harga RM38.00 sahaja - termasuk Perlindungan Domain Percuma.