SOALAN LAZIM
Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk akaun saya diaktifkan?
Akaun anda akan diaktifkan seawal-awalnya dalam masa 15 minit dan selewat-lewatnya 12 jam dari masa anda menjelaskan bayaran anda dan semua maklumat lengkap tentang akaun anda akan di hantar kepada anda menerusi email. Untuk pengaktifan yang lebih cepat, sila maklumkan kepada kami mengenai pembayaran anda menerusi telefon atau sms ke 012-9458973.
Apakah jenis nilai matawang yang digunakan Zanuara Hosting untuk pembayaran?
Kami menggunakan matawang Ringgit Malaysia kecuali pembayaran melalui Paypal yang menggunakan matawang USD
Bilakah tarikh akhir untuk pembayaran ‘renew’ nama Domain dan Webhosting?
Pembayaran pembaharuan nama Domain dan Webhosting setahun selepas anda mendaftar dengan kami,iaitu 365 hari dari tarikh anda membuat pembayaran.
Adakah anda menawarkan jaminan pulangan wang?
Ya! kami menawarkan jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari pertama pendaftaran anda. namun begitu, jaminan ini hanya terpakai pada perkhidmatan pembelian webhosting sahaja. bagi pembelian nama domain serta perkhidmatan lain, jaminan ini tidak terpakai.
Bolehkan saya membuat pembayaran melalui Paypal?
Ya,kami menerima pembayaran melalui Paypal
Adakah Zanuara Hosting menerima pembayaran melalui wire-transfer / money order?
Ya,kami menerima pembayaran melalui wire-transfer / money order,tetapi akaun anda hanya akan diaktifkan selepas kami menerima bayaran penuh dari anda
Adakah anda akan meletakkan iklan di website saya?
Tidak sama sekali.
Adakah anda melakukan "backups" website?
Kami melakukan "backups" secara keseluruhan bagi sesuatu akaun. Ini termasuk, semua dokumen, email dan juga pangkalan data. Jika berlaku kerosakan "hard disk", kami akan "restore' semua akaun secara keseluruhan dengan segera.
Bolehkah saya mempunyai banyak nama domain di dalam satu akaun webhosting?
Tidak, setiap akaun hanya boleh mempunyai satu nama domain. Namun begitu, ia boleh dirunding. Sila hubungi kami jika anda ada permintaan mengenainya.
Adakah anda menawarkan tawaran harga tetap seumur hidup?
Apabila anda telah mendaftar bagi sesuatu pakej pada sesuatu masa, kami memberi jaminan bahawa harga yang anda perlu bayar setiap tahun tidak akan berubah. Harga asal tersebut akan terus berkekalan sehingga anda terus setia bersama kami.
Perlukah saya mendaftar nama domain dengan anda?
Kami ada menawarkan perkhidmatan pendaftaran nama domain, walaubagaimanapun itu tidak bermakna anda mesti mendaftarkan nama domain anda dengan kami. Kami memang menggalakan anda mendaftarkan nama domain anda dengan pihak yang anda suka.
Bolehkan saya menggunakan skrip PHP dan CGI saya sendiri?
Ya! sudah semestinya, kami juga menyediakan berbagai skrip "pre-installed" yang boleh anda gunakan.
Saya sudah mempunyai nama domain, apa yang perlu saya lakukan?
Oleh kerana anda telah mempunyai nama domain, anda hanya perlu masukkan nama domain anda ketika anda mendaftar untuk pembelian webhosting. Kemudian, anda perlu menukar "domain name server /DNS setting " yang terdapat di pihak pendaftar nama domain anda. Maklumat berkenaan DNS tersebut akan diberi kepada anda menerusi email selepas akaun webhosting anda diaktifkan.
Saya sudah meng"upload" website saya ke webserver, tetapi apabila saya membuka URL website saya, saya hanya nampak "list of directory" sahaja. Mengapa?
Anda perlulah mengupload fail-fail website anda ke dalam folder "public_html". Selain itu, fail pertama "homepage" anda perlulah dinamakan dengan nama index.html
Kadar bandwith yang diberikan pada setiap pakej adalah untuk tempoh kegunaan berapa lama?
Kadar bandwith adalah per bulan. Setiap awal bulan, kiraan bandwith akan "reset" semula menjadi 0.
Jika anda masih tidak menjumpai jawapan bagi persoalan anda disini, sila hubungi kami.

Kami menyediakan pakej-pakej hosting yang Versi Mampu Milik serendah RM40.00. Sesuai untuk semua, dari individu, perniagaan hinggalah ke pakej untuk e-dagang dan korporat. Langkah pertama, daftarlah nama domain anda dengan kami sekarang dengan harga RM38.00 sahaja - termasuk Perlindungan Domain Percuma.




